Lau Kana Bainana
Monday, 28 November 2011 • 16:55 • 0 comments Sudah sekian lama menyepi dalam dunia blog :) kerna sebab2 yg memerlukan masa n kudrat lebih untuk perkara itu dan akhirnya Alhamdulillah diri ini diberi Allah kelapangan untuk mencoret2 sebentar huu~~ Teringat untuk menaip ini untuk perkongsian bersama dan mengajak dalam senantiasa dalam mengingati Rasulullah SAW walaupun beliau telah meninggalkan kita lebih 1400. Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya. Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata. Sedih. Salah satu video yang pernah saya tonton yang melahirkan keinsafan pada diri yang lupa pada perkara yang satu ini. Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga ianya adalah satu harapan dan impian kepada mereka yang beriman kepada Rasul. Lau Kana Bainana (Andai Rasulullah bersama kita) merupakan satu saluran media yang impaknya sangat luar biasa bagi insan bergelar muslim dan muslimah yang beriman. Terkesan andai Rasulullah berada ditengah2 kita pada abad 21 ini. Jika kita ingin mengubah segala perkara dalam kehidupan 360 darjah. Jadikan asas dalam kehidupan kita dengan selalu bertanya kepada diri kita sendiri. Cukupkah kita dalam mengingatinya dlam doa kita..?? Jika baginda berada di hadapan kita pada hari ini, apakah yg akan beliau lakukan..?? Sehingga peringkat ini cuba kita bayangkan perbuatan Rasul. Berapa ramai pemuda2 sekarang yang tidak membaca sirah Rasul..? Kita tidak mahu kembali 1400 tahun yang lalu untuk kita hidup pada zaman Rasulullah. Tetapi kita mahu Rasulullah kembali pada zaman sekarang untuk mengajar kita bagaimana untuk hidup pada kurun ke-21. Jom kita banyakkan selawat jika mahukan syafaat beliau..wokey..^^, |
Cafe Cik Kopi In Making
TALKIE TALKING
FOLLOWERS UPDATE STATUS . BLOG ARCHIVE; |