| CikKopiMacchiato |
Denyut Kasih Medik
Thursday, 21 July 2011 • 03:25 • 1 comments



Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa memilih untuk menjauhkan diri daripada Allah sedangkan Allah mengujimu sebagai tanda cintaNya. Dia memberi peluang untuk sebuah keampunan. Hargailah dengan mengeratkan hubungan denganNya.


Kata - kata diatas quote daripada novel Denyut Kasih Medik , tulisan Dr. Farhan Hadi, suami kepada ukhti Fatimah Syarha iaitu penulis buku Tautan Hati, cerpen Hatiku Milikmu dan Seindah Mawar Berduri.



Fitrah manusia bertuhan. Tapi, masih ramai yang menjauhkan diri daripada PenciptaNya kala musibah dan masalah datang. Sebaliknya terus - terusan meratapi suatu yang tidak pasti. Meraung, menjerit, melarikan diri daripada masalah dan sebagainya. Sehinggakan ada yang menjadi gila disebabkan satu masalah yang kecil dan boleh diselesaikan dengan cara yang paling bijak. Pucuk pangkalnya ialah iman dan Taqwa kita pada DIA sang Pencipta.

Firman Allah ,
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). [Asy-Syuura :30]

Berbalik pada intipati novel Denyut Kasih Medik , novel ini pada amatan saya amat sesuai kepada semua golongan dan semua pengajian, tetapi lebih diamati jika dibaca oleh bakal - bakal doktor Muslim , sahabat - sahabat seangkatan saya yang menceburi bidang ini membacanya. Novel yang menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Mantap, bukan?

Pandangan peribadi saya mengatakan buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa , perlunya seorang individu Muslim itu mengetahui sedikit sebanyak ilmu medik ini dan fiqh - fiqh yang berkaitan dengannya. Sekurang - kurangnya, kita tidak tertipu apabila berurusan kelak.

Dunia hari ini menunjukkan kekurangan doktor, dikatakan nisbah doktor kepada pesakit ialah 1:1145, namun itu tidaklah terbahagi pula kepada doktor Muslim, Melayu, Cina,India dan bangsa lain. Eh, kenapa ya saya membezakan antara doktor Muslim dan Melayu? Kerana, pada amatan saya setelah membaca novel ini, berapa kerat sahaja doktor yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, tetapi benar - benar mengaplikasikan ajaran Islam dalam pekerjaan mereka? Dari kewajipannya sebagai seorang individu muslim, baitul muslim , masyarakat muslim ? 

Saya bangga melihat sahabat - sahabat yang tekun belajar medik, tak kiralah di mana sekalipun, luar negara mahupun dalam negara sendiri. Namun, apa yang penting ialah kualiti pada dunia medik itu dan Islam sendiri. 

Secara sinopsisnya,
Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman) . Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu - isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita -cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Andai syariat Islam kau jaga, pergilah ke mana sahaja, pasti kau dipandang tinggi. Bukan untuk dibangga - banggakan, tetapi demi menegakkan agama Islam.

Cinta tanpa ikatan adalah kehinaan! Sebab itu CINTA manusia dengan Penciptanya tiada belah bahagi kerana ikatan itu sangat kuat.

Nota Siku : Sebenarnya blum lagi baca buku ni ^^, sekadar perkongsian bersama kepada yg terjun ke alam medik..kepada yg ade buku ni bg2 lah ana pinjam hihi...


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Labels:



PASTFUTURE
Cafe Cik Kopi In Making
Lihatlah keindahan dan keseimbangan alam yang tiada cacat cela. begitulah dengan agama ini, indah dan seimbang. Taati Allah adalah komitmen yang terbesar selagi nafas terhela yang akan memberikan cahaya di dunia dan di dalam gerakan kehidupanmu. Sebagaimana akan menerangi jalanmu ketika melewati titian ash-shirath di akhirat kelak.
TALKIE TALKING

" SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS


.
BLOG ARCHIVE;

  • :-_-: Mutiara Kata :-_-: Senyum itu Sedekah :-_-:
  • -:::ukhwaH terBina d-ISK:::-
  • -:RinduKan Rasulullah:-
  • -:buat GadiS keSayanganKu:-
  • -:Awas Fitnah Wanita!
  • -:Memuliakan Tetamu:-
  • :- MenJaga maRuaH saUdaranya -:
  • Bismillahirrahmanirrahim.. Ucapan Alhamdulill...